Kelas Mengenal Haiwan Menggunakan Teknologi 3D dan Augmented Reality (AR)
30 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 29 April 2022, kakitangan PEDi Tanjong Bowang telah mengadakan sebuah kelas bersama dengan para pelajar Tabika Kemas Tanjong Poting seperti ketetapan berikut:
Tajuk: Mengenal Haiwan Menggunakan Teknologi 3D dan Augmented Reality (AR)
Tarikh: 29 April 2022
Masa: 10.00 am – 11.00 am
Antara kandungan pembelajaran di dalam kelas tersebut ialah:
Pembelajaran Video Animasi:
• Mendedahkan para pelajar dengan grafik dan bunyi anak haiwan melalui animasi lagu Didi And Friends.
Kuiz Microsoft PowerPoint:
• Menguji tahap kefahaman pelajar dalam topik tersebut.
• Memberi peluang kepada pelajar untuk menjawab soalan secara interaktif menggunakan papan monitor yang mempunyai teknologi Touch Screen serta Pen Touch.
Teknologi 3-Dimensi:
• Mendedahkan para pelajar dengan penggunaan aplikasi CoSpaces Edu sebagai alternatif pembelajaran mengenal haiwan dalam bentuk 3-dimensi.
Teknologi Augmented Reality:
• Untuk membantu menvisualisasikan konsep abstrak model haiwan kepada struktur model objek 3D di dunia nyata menggunakan aplikasi Assemblr Edu.
• Mendedahkan para pelajar dengan pengalaman imersif dengan memperluas persekitaran maya agar mempunyai pandangan yang lebih baik berkenaan dengan isi pembelajaran.
Kakitangan PEDi Tanjong Bowang berbesar hati dapat berkongsi kemahiran dan ilmu pengetahuan bersama adik-adik ini.
Selamat maju jaya diucapkan !
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: